Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah 08
Pada tanggal 11 Julai 2008... Pertandingan Nasyid dilangsungkan secara live di dewan besar (wah, besar sangat ke?) SMSTSP, Dewan Sri Pulai. Aktiviti tersebut dijalankan bagi menentukan juara ahli kumpulan nasyid. Sebanyak 8 kumpulan yang yang memasuki pertandingan nasyid tersebut.
Fuh... Pertandingan amat sengit sekali...... Para juri amat pening dan kagum melihat persembahan para pelajar.. Pengadil terdiri daripada Cikgu Syahir dan Ustad Mawi......
Kumpulan Al-ikhsan (batch 31) terdiri daripada ahli vokalis yang hebat akhirmya kecundang dan hanya berpuas hati dengan tangga yg ke-3, Hal ini demikian kerana terdapat banyak kesilapan teknikal yg tidak boleh dielakkan sewaktu pertandingan. Namun, persembahan vokalis mereka yang mantap (ustad, Azrul, Afiq, Dion) berjaya memikat hati para penonton dan juri. Harap kumpulan ini dapat berkembang dan menjadi kumpulan yang digeruni kelak...
Kumpulan Ad-dahri pula memaparkan kumpulan yang melakukan persembahan secara teratur dan sewaktu pertandingan berlangsung mereka berjaya memikat hati penonton dengan lagu suci sekeping hati dibawa berlari dan khabar iman. Gandingan dan kerjasama antara kumpulan berjaya menghasilkan bersembahan yang mantap walaupun terdapat hanya sedikit kesilapan yg tidak dapat dielakkan... semua penonton berpendapat bahawa kumpulan ini akan menang, tetapi apakan daya rezeki tidak menyebelahi kumpulan ini...... hanya berpuas hati dengan tempat ke-2...
Kita juga berpeluang menyaksikan kumpulan jemputan khas iaitu kumpulan nasyid All-Star yang memaparkan Fern, Syed dan banyak lagi ahli2 batch 31 yang veteren (hahaha) Kumpulan ini berjaya menghalau ribuan penonton sehinggakan dewan tersebuat hanya dipenuhi dengan kerusi.. Namun cubaan berani mereka kita harus tabit dan respek coz, mereka berjaya menghiburkan hati para juri yang sedang menilai..
BERIKUT IALAH KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
1. 4 U 2 C (Batch 32)
2. Ad-dahri (Batch 31)
3. Al-ikhsan (Batch 31)
Prepared By : Munzir Bin Nor Azmi
GAMBAR KUMPULAN NASYID BATCH 31 & PARA JURI
JURI
Kanan Cikgu Syahir, Kiri, Ustad Mawi
KUMPULAN AL-IKHSAN
KUMPULAN AD-DAHRI
KUMPULAN ALL-STAR - PARA AHLI DIKENDAKI MENGHANTAR GAMBAR ANDA KEPADA munzir04@yahoo.com
Contact
WEB BATCH32 SMSTSPSekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Jalan Behor Pulai, Behor Pulai, 01000, Kangar, Perlis (alamat sekolah)
Lot 2974, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000, Dungun, Terengganu (alamat ketua editor)
012-9372450 - Munzir
019-4540196 - Munzir
017-5956425 - Sakinah
019-4480836 - Asyraf
batch31smstsp@yahoo.com
BATCH 32 2004-2008
BOY : 71
GIRL : 58
TOTAL : 129