Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan 2008

Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan 2008

SENARAI PESERTA KUIZ PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN SMSTSP

1.     Ahmad Hamidi Bin Hamzah

2.     Ahmad Husni Bin Shukeri

3.     Amirul Syafiq Bin Adnan

4.     Wan Mohammad Faisal Bin Fahmi

 

10 / 8 / 08

Seawal pukul 5 pagi, kami bertolak ke Kuantan, Pahang, diiringi Cikgu Norhaniza Binti Hashim, Penasihat Kelab Pengguna SMSTSP, wakil pegawai KPDNHEP, Cik Farahwahida dan pemandu van, Encik Rashid, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cik Rashid. Kami mengambil peluang untuk mengulangkaji maklumat-maklumat mengenai hal-hal kepenggunaan semasa perjalanan yang mamakan masa kira-kira 12 jam. Kami tiba di tempat penginapan kami sepanjang 5 hari 4 malam di Kuantan, iaitu Hotel Sri Malaysia Kuantan (HSMK) kira-kira pukul 5 petang. Pada waktu malamnya, kami diberi taklimat mengenai perjalanan aktiviti kami di sana. Undian juga dibuat untuk menentukan kumpulan untuk pusingan pertama kuiz pada hari esok. Kami mendapat undian dalam kumpulan 1, bersama kumpulan dari negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

 

11 / 8 / 08

Pagi itu, upacara perasmian Kuiz Pengguna Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2008 oleh Puan Mahani Tan Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisma dan Pengurusan). Selepas itu, pertandingan kuiz pusingan pertama diteruskan. SMSTSP menghantar Asa, Husni & Wan untuk pusingan ini. Alhamdulillah, selepas bertungkus lumus, kami mendapat markah 110, mendahului wakil-wakil negeri yang lain. Peserta dari Sabah mendapat tempat kedua untuk peringkat kumpulan dengan markah 100. Pada waktu petangnya, pengumuman 5 peserta yang layak ke separuh akhir diumumkan, iaitu;

1.     Sarawak dengan markah 140

2.     Pahang dengan markah 125

3.     Perlis dengan markah 110

4.     Selangor dengan Markah 105

5.     Sabah dengan markah 100

Petang itu, peserta SMSTSP mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuantan. Kami dikejutkan dengan keadaan Ahmad Husni, yang tiba-tiba demam. Pada malam itu, beliau direhatkan di dalam bilik, kerana terdapat majlis makan malam di dewan HSMK. Kami dihiburkan oleh penyanyi lagu warisan Pahang.

 

12 / 8 / 08

Husni dibawa ke Klinik 24 jam oleh urusetia pertandingan pada kira-kira pukul 7 pagi, tetapi sayangnya klinik tutup.. Beliau bertegas untuk ikut sama untuk lawatan selepas makan Panadol. Peserta dibawa melawat rumah Tunku Abdul Razak, dan pusat kesenian negeri Pahang. Kami melihat bagaimana mereka membuat kain songket pahang yang popular, yang harganya mencecah RM150 untuk sehelai kerana buatan tangannya yang halus dan berseni. Selepas itu, kami ke PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA berhampiran Pekan. Kami dihiburkan dengan persembahan oleh wira dan wirawati pusat tersebut. Kami turut dijamu dengan buah-buahan tempatan selepas makan tengahari di pusat tersebut. Kami pulang ke hotel kira-kira pukul 2 petang. Selepas berehat seketika, kami melawat ke Teluk Cempedak, menaiki van kami. Pada malamnya, kami mengulangkaji untuk pertandingan separuh akhir yang akan diadakan pada esok hari, di Auditorium RTM. Kesihatan Husni beransur baik pada malam itu.

 

13 / 8 / 08

Pada waktu paginya, terdapat ‘rehersel’ untuk pertandingan separuh akhir yang akan diadakan pada pukul 2 petang mengikut jadual. Perasaan kami berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama untuk kami tiba ke tempat sedemikian rupa, iaitu pusat rakaman RTM, kerana selama ini, kami hanya menontonnya di kaca televisyen sahaja. Pada masa itulah kami didedahkan dengan jurukuiz yang bakal mengendalikan pertandingan kami. Beliau ialah Hafiz Hamidun, iaitu mantan ahli UNIC yang kini mengambil langkah untuk menjadi solo. Selepas makan tengahari di HSMK, kami bertolak semula ke Auditorium RTM untuk meneruskan saingan separuh akhir Kuiz Pengguna Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2008. Dua buah sekolah dengan markah terendah dalam peringkat ini akan tersingkir dari meneruskan saingan ke peringkat akhir, yang bakal diadakan pada esok hari. Kami menghantar Husni, Hamidi & Wan untuk pusingan ini. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kami berjaya mendapat tempat ketiga dalam saingan itu, sekaligus menjadi peserta terakhir untuk mara ke peringkat akhir pada esoknya. Dua buah sekolah yang tersingkir ialah dari Sabah dan Sarawak. Sekolah yang layak ke peringkat akhir ialah;

1.     Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang

2.     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Selangor

3.     Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

Pada sebelah malam, kami keluar makan bersama ayah saudara Wan.

 

14 / 8 / 08

Seawal jam 8 pagi, kami melangkah ke Auditorium RTM Kuantan, berbekalkan doa dan semangat dari rakan-rakan yang baru selesai mengambil peperiksaan percubaan SPM (kecuali yang ambil EST) yang masing-masing nak kami bawak balik piala, untuk persaingan peringkat akhir Kuiz Pengguna Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2008. Pertandingan diteruskan dengan disaksikan oleh pelajar dari sekolah-sekolah negeri Pahang. Wakil sekolah kita ialah Husni, Asa, & Wan. Malangnya, kami tidak mendapat tempat yang seperti kami harapkan kerana mendapat soalan yang susah untuk dijawab kerana langsung tiada dalam pengetahuan kami.. oleh itu, kami sekadar berbangga di tempat ke-3. Keputusan adalah seperti berikut;

1.     Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang

2.     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Selangor

3.     Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

Sebaik tamat majlis penyampaian hadiah, kami berangkat semula ke HSMK untuk bersiap-siap pulang. Kami bertolak pulang pada pukul 3 petang. Semasa dalam perjalanan pulang, kami membeli sedikit keropok sebagai buah tangan untuk kawan-kawan di sekolah yang tak henti-henti memberi sokongan pada kami. Dalam perjalanan pulang, kami terasa penat dan banyak tertidur di dalam van. Kami tiba di sekolah pada pukul 2 pagi.


Contact

WEB BATCH32 SMSTSP

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Jalan Behor Pulai, Behor Pulai, 01000, Kangar, Perlis (alamat sekolah)

Lot 2974, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000, Dungun, Terengganu (alamat ketua editor)


012-9372450 - Munzir
019-4540196 - Munzir
017-5956425 - Sakinah
019-4480836 - Asyraf



BATCH 32 2004-2008

BOY : 71

GIRL : 58

TOTAL : 129